Pemilik Blog

Pemilik Blog
K.A.M.I

Friday, 27 September 2013

Konsep Kesantunan


     Kamus Dewan edisi keempat (2007), santun bermaksud “halus, beradap, sopan.” Manakala kesopanan didefinisikan sebagai “perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).”

     Tokoh-tokoh dunia dan tempatan mempunyai takrifan masing-masing berkenaan dengan konsep kesantunan. Berikut merupakan beberapa konsep kesantunan dari perspektif tokoh tempatan dan dunia:

Asmah Haji Omar (2000)

  •   Kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan    kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.      
             
Geofrey Leech (1983)

  •  Kesantunan berupa perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial.
  • “Kesopanan bukan Cuma khusus bermakna ‘berbaik-baik’ sahaja tetapi adalah penjalin tersirat tetapi penting yang menjalinkan PK (Prinsip Kerjasama) dengan masalah bagaimana mempertalikan maksud dengan kuasa.” (Leech, 1983) 
  • Ungkapan Leech diatas bermaksud kesantunan bukan sekadar bermaksud berbaik-baik sahaja tetapi yang penting adalah menjalinkan prinsip kerjasama dengan menghubungkannya dengan maksud dan kuasa.

Lakoff (1975)

  •       Kesantunan diinterpretasikan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

Watts et al. (1992)

  •       Kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.
  •   Beliau menganggap keupayaan untuk mengelakkan konflik bergantung kepada sosiobudaya sesuatu masyarakat.

Fraser dan Nolan (1981)

  • Kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

Brown dan Levinson (1987)

  •     Kesantunan dikaitkan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar.
  •     Kesantunan memainkan memperbaiki ancaman muka pada penutur bagi mewujudkan keramahan dan kehormatan kepada tetamu.

Bayraktaroglu (1997)

  • Kesantunan itu merupakan perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman bagi mengelakkan ancaman dan ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan mereka yang terbabit dalam perbualan menjadi renggang.
  




Sumber:
  1.   Noriati A. Rashid. (2007). Kesantunan Orang Melayu dalam    Majlis Pertunangan (edisi kedua). Tanjong Malim: Universiti    Pendidikan Sultan Idris.
2.   Geofrey Leech. (1983). Prinsip Pragmatik. (Azhar M. Simin, Penterjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3.   Kerangka Teoritis Kesantunan. http://studentsrepo.um.edu.my/2057/6/BAB_3.pdf.



No comments:

Post a Comment